HellooHaii ♥ ★ Back to entry ★ Meet the owner ★ Exchange links ★ Girlfriends Credits Stuffs Haa, meh follow meh :D
| Ni karangan paling poyo aku pernah buat :P
Tuesday 22 May 2012 ϟ Tuesday, May 22, 2012 ϟ 0 Comment[s]
Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, tidak mewah, tidak papa. Utamanya, keluarga saya mempunyai enam anggota keluarga termasuk saya. Dihitung mengikut hierarki , saya ada ayah, ada ibu, dua orang kakak dan seorang adik perempuan melengkap kan koleksi bahagia. Bercakap tentang pekerjaan, bapa saya seorang penghulu dan ibu saya bekerja sebagai guru sekolah rendah tempatan. Merekalah selama ini menampung hidup kami empat beradik daripada kecil. Kembali ke atmosfera pembelajaran, selama lima tahun saya menuntut dan berpengalaman dalam sistem Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), saya mendapat keputusan sederhana cemerlang semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekarang adalah masanya untuk saya berubah. Masa untuk serius dalam belajar dan menggunakan masa sebaik-baiknya sekiranya saya mendapat biasiswa MARA dalam menyambung pelajaran saya di Kolej MARA Kulim agar lebih cemerlang. Melanjutkan pembelajaran ke Kolej MARA Kulim selama satu tahun dalam bidang sains adalah perkara yang sangat menggembirakan saya kerana jurusan ini dapat meberi peluang kepada saya untuk mengejar cita-cita saya iaitu jurutera komputer. Demi masa depan, saya tidak akan berundur ke belakang walaupun setapak kerana ia adalah keputusan terakhir saya iaitu pergi ke sana. Jujur kata, saya akan rindu keluarga, kawan-kawan dan tempat tinggal saya. Saya telah bertekad untuk berkorban selama setahun di Kolej MARA Kulim untuk mencapai hasrat saya iaitu menyambung ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang jurutera komputer dan seterusnya mendalami bidang kejuruteraan komputer seperti yang telah saya impikan. Pada hemat saya, kejuruteraan komputer adalah satu profesion yang amat menarik di kalangan penggemar komputer dan alatan elektronik seperti saya di era modenisasi ini. Peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan komputer semakin meluas memandangkan banyak syarikat pada masa kini mengaplikasikan konsep digital dalam peranti elektronik mereka. Syarikat-syarikat besar seperti Intel dan Western Digital kerap kali merekruit pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan komputer untuk diserapkan ke dalam syarikat mereka. Antara ciri-ciri syarikat yang memerlukan pekerja dalam bidang kejuruteraan komputer ialah pembangunan produk elektronik, syarikat telekomunikasi, pembangun perisian komputer. Jadi, amat mudah untuk saya mendapat peluang pekerjaan setelah tamat pengajian saya. Saya menyimpan setinggi-tinggi harapan, agar pihak MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) meluluskan permohonan pinjaman saya selama satu tahun pengajian saya di Kolej MARA Kulim serta semasa pengajian saya semasa ijazah sarjana muda kelak. Saya memilih MARA adalah disebakan keyakinan saya yang sangat tinggi dan semoga kerjasama daripada pihak MARA dapat membantu melancarkan pengajian saya. Akhir kalam kerjasama daripada pihak MARA amat saya sanjungi dan hargai. Sekian,terima kasih P/S : Wey, kalau ada silap or ada yang tk kena bagi tahu aku. Jurutera komputer tu aku main hentam je. No idea, ayat sedih je banyak sebab nak biasiswa heh. Amalina Husna
|